JENIS-JENIS SIMEN DAN KEGUNAANYA
1.Simen Portland Biasa
Simen jenis ini dihasilkan dengan proses pembakaran yang terkawal. Bahan tanah liat dan kapur yang menjalani proses pembakaran itu akan menjadi hangus. Campuran bahan gypsum dibuat mengikut nisbah tertentu utuk mengawal masa bekunya. Simen jenis ini begitu meluas digunakan untuk membuat motar dan konkrit.
2. Simen Penghalang Sulfat
Simen jenis ini lebih sesuai digunakan di kawasan yang berair dan mengandungi asid sulfurik dan garam tinggi bagi menjamin kekuatan konkrit yang akan digunakan kerana ia menghalang tindakan sulfat.
3. Simen bewarna
Digunakan dalam kerja-kerja hiasan pada sambungan bata, permukakan lantai, lepaan tembok dan kegunaan lain yang difikirkan sesuai. Hendaklah disimpan berasingan dari simen-simen yang lain untuk mengelak dari percampuran warna.
Ia terdiri dari pelbagai warna seperti coklat, putih, hitam, hijau, biru, kuning dan sebagainya.
4. Simen Portland Cepat Keras – Simen jenis ini pula dibuat lebih halus dari simen-simen yang lain untuk mendapatkan kekuatan yang maksimum dan akan cepat mengeras dalam cuaca yang sejuk serta lembap. Sesuai untuk kegunaan di kawasan yang basah serta berair.
Comments