Posts

Showing posts from February, 2018

BAHAN BUKAN LOGAM

BAHAN BUKAN LOGAM Kemajuan teknologi moden sekarang ini telah memungkinkan penghasilan berbagai-bagai jenis bahan bukan logam seperti kaca, plastik, bitumen dan asfalt, cat dan bahan komposit. Pada hari ini di mana-mana sahaja kita boleh melihat hasil daripada bahan bukan logam ini telah dipelbagaikan. Kaca Kaca merupakan bahan bukan logam yang dapat kita lihat setiap hari dengan pelbagai jenis. Antaranya ialah kaca optik, kaca keselamatan, kaca untuk memesongkan pancaran atau sinaran, jubin kaca dan blok-blok kaca untuk bangunan. Jenis kaca yang paling ringkas ialah silika, tetapi disebabkan oleh takat leburnya yang sangat tinggi iaitu 1713 0 C, kaca ini lebih mahal daripada jenis-jenis aloi kaca yang lain. Kaca borosilikat diperolehi dengan menggunakan boraks atau asid boric, di samping soda. Takat lebur yang rendah juga diperolehi dan kaca ini adalah lebih stabil dari segi fizikal dan kimia. Kaca kimia dan kaca pireks ialah contoh kaca borosilikat yang tidak muda