BAHAN BUKAN LOGAM


BAHAN BUKAN LOGAM

Kemajuan teknologi moden sekarang ini telah memungkinkan penghasilan berbagai-bagai jenis bahan bukan logam seperti kaca, plastik, bitumen dan asfalt, cat dan bahan komposit. Pada hari ini di mana-mana sahaja kita boleh melihat hasil daripada bahan bukan logam ini telah dipelbagaikan.


Kaca

Kaca merupakan bahan bukan logam yang dapat kita lihat setiap hari dengan pelbagai jenis. Antaranya ialah kaca optik, kaca keselamatan, kaca untuk memesongkan pancaran atau sinaran, jubin kaca dan blok-blok kaca untuk bangunan.

Jenis kaca yang paling ringkas ialah silika, tetapi disebabkan oleh takat leburnya yang sangat tinggi iaitu 1713 0C, kaca ini lebih mahal daripada jenis-jenis aloi kaca yang lain. Kaca borosilikat diperolehi dengan menggunakan boraks atau asid boric, di samping soda. Takat lebur yang rendah juga diperolehi dan kaca ini adalah lebih stabil dari segi fizikal dan kimia. Kaca kimia dan kaca pireks ialah contoh kaca borosilikat yang tidak mudah pecah apabila dikenakan suhu mengejut. Plumbum oksida kadang-kadang digunakan menggantikan kapur sebagai agen penstabil. Kaca tingkap dan flat kaca ialah dari jenis ini.

Jenis-jenis kaca

Kaca terbahagi kepada beberapa jenis iaitu;


a.            Kaca plat
dimana kualiti permukaanya lebih baik daripada kaca kepingan dengan kurang heroten.
b.    Kaca Kepingan
memberi pandangan yang pada hakikatnya terang dan tidak herut.
c.    Kaca Penyerap Haba
merupakan kaca kepingan yang berwarna atau kaca plat yang meyerap sejumlah besar sinaran matahari, mengurangkan pembentukan haba disekitar bagunan dan mengawal silauan.
d.    Kaca bersepoh
merupakan kaca yang dikuatkan dengan haba bagi meningkatkan ringtangan pada hentaman dan tegasan haba
e.    Kaca berlapis keselamatan
mengandungi kepingan nipis dan kukuh berlapiskan plastik lut sinar antara dua lapisan kaca kepingan atau kaca plat.
f.     Kaca berdawai
dimana jejaring dawai dimasukkan kedalam kaca yang digelekkan semasa pengilangan.


g.    Kaca Penebat
mengandungi dua lapisan kaca yang dipisahkan oleh ruang kedap udara untuk meyediakan penebatan haba dan menghadkan pemejalwapan.

Plastik

Plastik wujud disekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Campuran plastik dengan bahan-bahan lain boleh memperbaiki bahan tersebut seperti berikut:


1.            kayu tidak mudah terbakar atau reput
2.            getah menjadi kuat
3.            besi tidak berkarat
4.            kertas bertambah kuat

Terdapat banyak plastik yang berlainan. Ada jenis-jenis plastik yang dibuat daripada selulos kayu, kapas dan tumbuhan lain. Sesetangah plastik terdiri daripada damar tulin seperti minyak aspal dan juga damar tiruan.

Jenis-jenis plastik:


a.            polysestar
merupakan bahan plastik yang lutsinardilenali sebagai venil.  Terdapat dua jenis venil iaitu lembut dan keras. Venil keras biasanya digunakan pada kemasan lantai dan juga paip untuk saliran air. Ia juga banyak digunakan dalam perusahaan membuat kabel dan dawai. Permukaan tangki asid dan gas yang mudah dihakis dikemaskan dengan bahan ini.
b.    Acrylic plastik
ianya lebih jernih daripada kaca dan banyak  digunakan untuk membuat kanta. Dalam industri binaan ianya digunakan pada papan tanda, tanda arahan di kilang-kilang dan juga bagi membuat tingkap kaca.
c.            Polisterin
ianya digunakan dalam pembuatan cat yang boleh  larut. Ianya memperbaiki mutu cat supaya dapat taahan lama dan kalis air.
d.           Polyethylene  
ianya amat ringan jika dibandingkan dengan  
plastik-plastik yang lain. Walaubagaimanapun, ianya amat kukuh dan pada masa sekarang ia mula pesat digunakan sebagai pengganti bingkat tingkap.




Ciri-ciri plastik.
           


a.            Mempunyai kekuatan tegangan tinggi dan kadar kekenyalan yang rendah
b.            Tindakbalas dalam suhu yang tinggi iaitu menjadi lemah apabila dikenakan suhu yang tinggi.
c.            Tindakbalas dalam kebakaran iaitu plastik boleh dibakar tetapi dalam penambahan bahan tambahan tahan api.
d.            Pengaliran haba bagi plastik yang padat sama seperti kayu.
e.            Pengaliran elektrik menjadi penebat elektik yang baik.
f.             Pergerakan Haba iaitu mengembang dengan banyaknya apabila panas dengan kadar lebih tinggi daripada logam.
g.            Pergerakan kelembapan iaitu kebanyakan plasti menyerap air dengan amat sedikit.
h.            Daya ketahanan iaitu plastik tidak berkarat.


Bitumen dan Asfalt

Bitumen ialah nama am  untuk semua hidro karbon. Bahan yang tergulung dalam keluarga bitumen ialah asfalt, tar dan pitch. Asfalt ialah pepejal atau separa pepejal yang didapati dari dalam keadaan semulajadi yang juga dihasilkan dengan memproses petroleum. Asfalt semulajadi boleh didapati dalam bentuk;


a.    Lake Asfalt (pasir asfalt) didapati dalam tanah.
b.    Rock asfalt (batu asfalt) didapati dicelah batu.
c.    Glisonite didapat melalui bumi seperti arang batu.
Tar pula terhasil apabila proses mereputkan bahan-bahan seperti arang batu, kulit-kulit kerang, tulang-tulang binatang dan benda-benda lain.Manakala pitch pula terhasil apabila tar diproseskan melalui proses distillation keatas tar.

Ciri-Ciri Bitumen


a.    Warna coklat gelap atau hitam
b.    Tahan air atau wap
c.    Tahan serangan asid dan alkali tetapi tidak tahan pada minyak
d.    Menjadi lembut apabila terdedah kepada cahaya matahari

Kegunaan Asfalt

Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab

Bahan perekat dan film

Hasilan cat

Jubin lantai.

Cat
     
Cat adalah bahan yang memberi perlindungan dan kecantikan kepada permukaan bahan-bahan binaan. Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lebih lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan.

Jenis-jenis cat :


a.            cat minyak – cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.
b.    cat air – cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.
c.    cat distemper – cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati, dibancuh dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit.
d.    cat kegunaan khas
·                                 cat aluminium – digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.
·                                 Cat bitumen – ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan ayng mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan permandangannya tidak diutamakan.
·                                 Cat kalis kulat – cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan  dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.
·                                 Cat tahan api – cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

Comments

Popular posts from this blog

LANGKAH ASAS MEMANAH

Konkrit Bertetulang

BANCUHAN KONKRIT