LENGKUNG ANTARA DUA BULATAN YANG BERBEZA SAIZ
How to draw the curve between two circle with different sized.
Untuk latihan, gunakan r bulatan besar 40 mm dan r bulatan kecil 25 mm manakala R boleh gunakan 125 mm. Jarak antara dua pusat bulatan lebih kurang 110 mm.
Lengkung yang menyambung dua bulatan secara sebelah dalam
Langkah penyelesaian:
a) Daripada bulatan A bina suatu lengkuk yang berjejari R-r bulatan kecil
b) Daripada bulatan B bina suatu lengkuk berjejari R- r bulatan besar
c) Kedua dua lengkuk tadi akan bersilang pada O
d) Gunakan titik O sebagai pusat lengkuk berjejari R dan lukis lengkung yang akan menyambungkan kedua-dua bulatan A dan B .
Untuk latihan, gunakan r bulatan besar 40 mm dan r bulatan kecil 25 mm manakala R boleh gunakan 70 mm. Jarak antara dua pusat bulatan lebih kurang 110 mm.
Lengkung yang menyambung dua bulatan secara sebelah luar
Langkah penyelesaian:
a) Daripada bulatan A bina suatu lengkuk yang berjejari R + r bulatan kecil
b) Daripada bulatan B bina suatu lengkuk berjejari R + r bulatan besar
c) Kedua dua lengkuk tadi akan bersilang pada O
d) Gunakan titik O sebagai pusat lengkuk berjejari R dan lukis lengkung yang akan menyambungkan kedua-dua bulatan A dan B .
Comments