Monday, July 23, 2012

Road And Highway Maintenance Definisi bagi penyenggaraan jalanraya adalah kerja yang dilakukan untuk menjaga dan memperelokkan pada bahagian jalan yang telah siap dibina dan kerja untuk mengawal kerosakan serta memastikan jalan dalam keadaan yang selamat untuk pengguna jalanraya. Terdapat beberapa objektif utama penyenggaraan jalanraya iaitu : a. Menjamin jalan yang di bina itu boleh tahan lama. b. Menjaga jalanraya untuk kegunaan trafik. c. Memperbaiki perjalanan sistem trafik d. Mengawal kadar kerosakan jalan. e. Memastikan tahap perkhidmatan jalan berada dalam keadaan yang baik.