C4302 : Transportation Planning

Kajian Pengangkutan yang dilakukan dalam proses perancangan pengangkutan
1) Kajian asalan –tujuan
2) Kajian isipadu
3) Kajian laju setempat
4) Kajian laju perjalanan dan kelengahan
5) Kajian meletak kenderaan

Kajian asalan –tujuan







Kegunaan Data-data O-D
a) Menentukan bahawa bilangan lalu lintas yang melintasi sesebuah bandar itu besar jumlahnya dan seterusnya merancang sebatang jalan pintas sekira amat diperlukan oleh para pengguna jalan raya.

b) Menentukan setakat mana sistem jalan raya yang sedia ada itu mencukupi atau tidak bagi memudahkan kerja merancang dan menyediakan kemudahan terbaru.

c) Menentukan kedudukan terbaik sesebuah jambatan atau terminal pengangkutan baru yang akan dibina nanti.

d) Memastikan tempat-tempat meletak kenderaan yang sedia ada mencukupi atau tidak.

e) Membina model-model pengangkutan bagi memudahkan proses perancangan pengangkutan bandar diteruskan dan dilaksanakan, seperti untuk memastikan sama ada kemudahan pengangkutan yang harus disediakan pada masa ini mencukupi atau tidak dan membuat ramalan tentang corak perjalanan pada masa akan datang.









Tujuan kajian lalu lintas dan pengangkutan (Penyediaan Inventori)
a) Mengetahui ciri-ciri semasa dan isu-isu yang berkait dengan sistem jalan raya dan perjalanan.
b) Membentuk dasar yang memenuhi kehendak pengguna sistem pengangkutan.
c) Mengawal sistem yang telah diwujudkan.
d) Merancang sistem masa depan yang lebih berkesan.

Kawasan kajian pengangkutan (Penzonan)
Ialah kawasan di mana bentuk perjalanan akan berubah dengan pelaksanaan cadangan pengangkutan, pemilihan atau penentuan sempadan akan menentukan kos kajian.


Pengutipan data perjalanan
a) Dalam ke luar
b) Dalam ke dalam
c) Luar ke dalam
d) Luar ke luar
Bagi a dan b boleh diperolehi melalui temuduga di rumah.
Bagi pergerakkan c dan d pula maklumat boleh diperolehi melalui kajian asal-tujuan

Isi padu lalu lintas
Jumlah kenderaan yang melepasi sesuatu titik atau seksyen jalan pada sesuatu masa tertentu. Unit kenderaan sehari atau kenderaan sejam. Apabila lalu lintas mengandungi beberapa jenis kenderaan jadi ia ditukar kepada unit UKP/PCU.

Tujuan kajian Isipadu
a) mengira bentuk ketebalan turapan
b) Mengira keupayaan pengguna jalan.
c) Bagi memilih lebar jalan, bahu jalan dan jambatan.
d) Menentukan keperluan alat-alat kawalan trafik seperti lampu isyarat, penyaluran dan sebagainya.
e) Mereka bentuk Persimpangan

Kelajuan Dan kelengahan
Kelajuan di bahagikan kepada tiga jenis:-
a) Laju perjalanan: Jarak perjalanan /masa perjalanan
b) Laju larian(pecutan) : Jarak perjalanan /masa perjalanan (ditolak masa berhenti).
c) Laju Setempat (spot speed): Kelajuan di sesuatu tempat tertentu.

Kajian lalu lintas Yang dilakukan Oleh Unit Perancang jalan (UPJ)

1) Kajian asalan dan tujuan

Kajian asalan dan tujuan (Origin and Destination, yang ringkasannya ialah O-D) perjalanan adalah satu kajian yang tidak kurang pentingnya kerana maklumat asalan dan tujuan perjalanan khususnya yang terkumpul dalam tinjauan O-D di lapangan menggambarkan beberapa corak jenis perjalanan seharian yang dilakukan oleh penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan kajian. Kaedah yang selalu digunakan ialah Temuduga tepi jalan.


2) Biannual Traffic Census:
Type 1 : 7 hari bancian terkelas secara manual
Type 2 : 7 hari bancian mekanikal dan satu hari bancian
manual.
Type 3 : 1 hari bancian manual

3) Bancian tetap
Lima puluh stesen ‘bancian tetap ‘diwujudkan di Malaysia. Data yang diperoleh ialah Trafik harian dan bulanan serta kadar bulanan dan isipadu jaman tertinggi








Kajian laju Setempat

1) Untuk merekabentuk geometri jalan raya- unsur-unsur fizikal jalan raya seperti lengkung ufuk dan tegak, jarak penglihatan boleh direkabentuk.
2) Untuk mengawas dan mengawal operasi lalu lintas-menentukan had kelajuan.
3) Untuk merekabentuk lampu isyarat lalu lintas di kawasan simpang yang terpencil.
4) Untuk mereka bentuk papan tanda lalu lintas
5) Untuk menganalisis sebab-sebab sesuatu kemalangan berlaku.
6) Untuk kajian sebelum dan selepas pelaksanaan skim pemulihan jalan. Data kelajuan diperlukan bagi memastikan keberkesanan projek itu.
7) Untuk mengenal pasti masalah kesesakan lalu lintas di jalanan.

Bentuk Persembahan data ialah:-
a) Laju min
b) Lengkuk agihan laju kumulatif

4) Kiraan pergerakkan membelok
Isipadu dan pengelasan lali lintas di persilangan










4. Kajian meletak kenderaan

Setelah kesemua perjalanan sampai ke destinasi masing-masing, tugas para pemandu selanjutnya ialah meronda untuk mencari tempat untuk meletak kenderaan. Tempat paling mudah meletak kenderaan ialah di tepi jalan, tetapi suasana ini sering mengganggu keselamatan dan kelancaran pergerakkan lalu lintas disebabkan oleh kelebaran jalan sebenar menjadi sempit.Sebaik-baiknya diletakkan kenderaan di medan letak kerata yang disediakan.

Inventori Maklumat Ruang Meletak Kenderaan
- Inventori maklumat bekalan
- Inventori maklumat Permintaan

Kaedah Tinjauan meletak kenderaan
- Kaedah temuduga
- Kaedah cerapan








PROSES PERANCANGAN
c) Inventori
d) Unjuran guna Tanah
e) Penghasilan perjalanan
f) Agihan perjalanan
g) Jenis Pengangkutan
h) Penugasan lalulintas
i) Penilaian

Inventori
- mengandungi pembentukan kepada data-data untuk penilaian permintaan
perjalanan sedia ada dan kemampuan pengangkutan sedia ada.
- Beberapa perkara perlu dikenalpasti seperti :-
e) Guna tanah di dalam kawasan kajian perlu dikaji
f) Maklumat berkenaan aliran perjalanan manusia
g) Pengumpulan maklumat berkenaan populasi seperti jumlah populasi dan berbagai aspek ciri-ciri sosio-ekonomi populasi.
h) Mengenalpasti corak pengangkutan sedia ada, menentu rekabentuk, muatan dan paras cirri-ciri perkhidmatan sistem pengangkutan sedia ada.
- Dua tugas utama iaitu mengumpul dan memproses data.



Guna tanah
- Aspek yang sangat penting di dalam proses perancangan pengangkutan.
- Ia memerlukan satu taksiran dan ramalan yang terperinci daripada segi agihan
atau taburan ruang populasi, pekerjaan, ekonomi, aktiviti-aktiviti sosial dan guna
tanah.
- Unjuran biasanya diasaskan aliran peningkatan populasi, pendapatan,, pekerjaan.

Penghasilan Perjalanan
- Penghasilan perjalanan merupakan tahap pertama daripada empat model
permintaan perjalanan yang digunakan di dalam proses perancangan
pengangkutan.
- Tujuan model ialah untuk persamaan untuk membuat taksiran penghasilan dan
penarikan perjalan oleh sesuatu zon.
- Ukuran dibuat dalam unit lalu lintas.

Agihan perjalanan
- tahap kedua permintaan perjalanan.
- Tujuan model ini untuk mendapatkan persamaan suatu corak perjalanan untuk
keluar dan masuk zon.
- Menunjukkan Jumlah lalulintas didalam sesuatu jarak, masa dan kos.


Jenis Pengangkutan
- Bertujuan untuk mendapatkan satu taksiran jumlah perjalanan pengangkutan
kepada jenis yang berbeza.
- terhad kepada jenis pengangkutan awam dan persendirian

Penugasan lalulintas
- Model ini bertujuan untuk mengarahkan sejumlah lalu lintas kepada sesuatu jalan
di dalam rangkaian pengangkutan bandar.
- Contohnya bagi pemilihan jalan yang sering digunakan.

Penilaian
- Tahap ini mengandungi pengujian dan penilaian alternatif.
- Penekanan dibuat ke atas keupayaan sistem lalulintas dan kesan terhadap alam
sekitar untuk setiap alternatif strategi.
- Bertujuan untuk memilih dan menentukan apakah sistem pengangkutan yang
terbaik untuk keperluan masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

LANGKAH ASAS MEMANAH

Konkrit Bertetulang

BANCUHAN KONKRIT