C4302 : Bab 3: Geometrical Design

BAB 3 : REKA BENTUK GEOMETRI


Reka bentuk geometri jalan raya merujuk kepada komponen jalanraya yang fizikal sahaja termasuk:

- Reka bentuk penjajaran datar
- Reka bentuk penjajaran tegak
- Reka bentuk keratan rentas
- Reka bentuk persimpangan searas
- Reka bentuk persimpangan bertingkat


Tujuan reka bentuk geometri

Mengabungkan unsur-unsur fizikal jalan raya dengan kehendak atau cirri pemandu serta kenderaan

- mengurangkan kemalangan
- mengurangkan kelengahan
- menyatukan jalan raya dengan alam sekitar
- menentukan keupayaan menanggung muatan.


Piawaian rekabentuk geometri jalan raya

Digubal oleh JKR

- Arahan teknik (Jalan) 8/86 ‘A Guide on Geometric Design of Roads’
- Arahan teknik (Jalan) 11/87 ‘A Guide to the Design od Grade Intersections’
- Arahan teknik (Jalan) 13/87 ‘A Guide to the Design of Traffic Signals’
- Dan lain-lain lagi

Piawaian Lembaga Lebuhraya Malaysia

- Interurban toll expressway system in Malaysia (ITESM)- Design Standards digubal oleh perunding Itali.


Faktor yang diambilkira untuk menggubal piawaian rekabentuk:

- Ciri kenderaan seperti dimensi, berat gander, rintangan dan kegelinciran tayar, pecutan dan anti-pecutan.
- Ciri lalulintas seperti isipadu, taburan lalulintas
- Ciri pemandu seperti dimensi tubuh badan, kemahiran pemandu. Semua ini mempengaruhi ketinggian mata pemandu yang disukat dari aras permukaan jalan, dan juga jarak penglihatan.
- Kelajuan kenderaan, mempengaruhi kelajuan rekabentuk jalanraya.
- Jenis kawasan/keadaan rupa bumi
- Estetik-keadaan persekitaran yang indah dan selesa.
- Ekonomi- analisis kos-manfaat



Jenis kawasan: Kawasan dibahagikan kepada dua jenis:

i) kawasan bandar (< 1000 orang) diklasifikasikan kepada kategori I, II dan ketegori III bergantung kepada kesenangan mendapatkan laluan dan tanah.
ii) Kawasan luarbandar diklasifikasikan kepada Datar, Beralun dan Berbukit.


Prinsip rekabentuk di kedua-dua kawasan adalah sama kecuali nilai kelajuan adalah berbeza dan rekabentuk keratan rentas adalah berbeza.



Hierarki Jalanraya

-adalah berdasarkan kepada kesenangan pergerakan dan darjah kebolehmasukkan.

kawasan desa: lebuhraya ekspres Kawasan bandar : lebuhraya ekspres
Lebuhraya persekutuan jalan Utama
Jalanraya utama Jalan Tempatan
Jalanraya sekunder
Jalanraya kecil

Kawasan desa dikodkan – R6, R5, R4, R3, R2, R1, R1a
Kawasan bandardikodkan- U6,U5, U4, U3, U2, U1, U1a

R6/U6- kawalan masuk penuh dikenakan seperti di persimpangan bertingkat
R5/U5- kawalan masuk separa
R4/U4- terdapat persilangan pada aras sama
R3/U3- lalulintas tempatan sahaja, tiada kawalan masuk.
R2/U2- taraf rekabentuk geometrinya terendah (tiada muatan berat
melaluinya)
R1/U1/R1a/U1a-lalulintas sehala sahaja.


Soalan :
Tukarkan UKP kepada bilangan kenderaan.
Kenderaan UKP
Lori 3.0 5%
Kereta 1.0 20%
Motosikal 1.0 40%
Diberi : 2000 ukp/jam
Jumlah kenderaan yang mengunakan seksyen jalanraya sejam =Q


Penyelesaian : 2000 = (Q x 3.0x 5/100) + (Qx1.0x20/100)+(qx1.0x40/100)
Q = 2666.67 buah.



Kawalan masuk

Untuk sesetengah lebuh raya, hak masuk kenderaan dari jalan raya lain di kawal untuk menjamin pergerakkan lalulintas secara berterusan.

Kawalan penuh dilaksanakan pada lebuhraya utama JKR (R6) dan juga lebuhraya LLM, iaitu keutamaan diberi kepada kenderaan yang mengunakan lebuhraya tersebut.

Jalan raya kecil (R2, R1 dan R1a), undang-undang kawalan masuk tiada.
Jalanraya (R3, R4 dan R5) kawalan masuk adalah separa. (lurus sahaja)


Laju Rekabentuk (Design Speed)

-kelajuan berterusan tertinggi (maksimum).
-Laju rekabentuk lazimya adalah kelajuan peratusan 85(85 Percentile Speed)
-Nilai rekabentuk mempengaruhi geometri jalan:

 Lengkungan
 Sendengan
 keratan rentas
 jarak penglihatan

Dan faktor-faktor lain seperti hirarki jalan dan rupa bumi.


Nilai Laju rekabentuk (km/j) untuk jalan luar bandar oleh Arahan Teknik (Jalan) 8/86.
Hierarki Jalan Datar Beralun Berbukit
R1a 40 30 20
R1 40 30 20
R2 60 50 40
R3 70 60 50
R4 90 70 60
R5 100 80 70
R6 120 100 80














JARAK PENGLIHATAN
- Jarak berterusan di sepanjang jalan raya yang dapat dilihat
dengan jelas oleh pemandu.
- Jarak penglihatan perlu disediakan supaya:
a) pemandu dapat berhenti dengan selamat apabila
terserempak dengan sesuatu halangan tidak terduga.
b) Pemandu dapat melaksanakan kegiatan memotong
dengan selamat.
c) Pemandu berpeluang mengambil tindakan yang
sewajarnya di persilangan jalan raya yang sangat
kompleks.

Lihat rajah.

- Jarak penglihatan keputusan ialah jarak yang diperlukan oleh pemandu untuk mengenalpasti rangsangan kompleks, membuat keputusan dan mengambil tindakan yang dianggap betul.
- Jarak penglihatan merupakan satu-satunya criteria yang menjamin keselamatan pengendalian kenderaan.

JARAK PENGLIHATAN BERHENTI
- Jarak (yang ditempuhi sewaktu masa tanggapan, tindak balas dan membrek) yang diperlukan oleh sesebuah kenderaan yang sedang bergerak pada atau hampir dengan laju rekabentuk untuk berhenti dengan selamat tanpa melanggar suatu halangan di dalam laluannya.



- Jarak yang diperlukan itu bersamaan dengan jarak yang ditempuh dalam jeda masa berikut:
a) Jumlah masa tindak balas
b) Masa membrek







- Contoh: seorang pemandu terdedah pada rangsangan luaran, P , yang memerlukan beliau menekan brek. Masa tanggapan tindak balasnya ialah kala masa di antara ketika ia mula-mula terlihat gangguan P dan ketika kaki menyentuh injak brek.
- Jarak bergantung kepada ketinggian mata pemandu, jenis, warna serta bentuk objek gangguan, kelajuan kenderaan, pekali geseran antara pemukaan, ketangkasan, kehusyukan serta tingkah laku pemandu.
- Ketinggian mata pemandu dan objek gangguan tak terduga ialah 0.92m dan 0.15m dari aras pemukaan turapan.


d1 = 0.278Vt dimana V= laju rekabentuk
t = masa tanggapan
d1 = jarak tanggapan tindak balas





d b = V2
254u

Dimana d b = jarak penglihatan berhenti (m)
u = pekali geseran
V =laju rekabentuk


Maka d1 = 0.28Vt + V2
254u

Jarak Penglihatan berhenti Di atas cerun









Persamaan:

db = 0.28Vt + V2
254 ( u ± (G/100))

G = cerun jalan (dalam bentuk %)

Piawaian JKR (1) menyarankan supaya peratus panjang, seksyen jalan raya yang kedapatan jarak penglihatan yang melebihi jarak penglihatan memotong minimum pada jalan raya yang merentasi bumi datar, beralun dan berbukit masing-masing ialah 60%, 40% dan 20%

REKABENTUK PENJAJARAN DATAR
- Jalan raya mestilah di rekabentuk dalam satah datar dan tegak kenderaan dapat di apndu dengan selamat lagi lancar.
- Jalan raya di rekabentuk untuk mendapatkan penjajaran yang licin lagi berterusan selaras dengan prestasi kenderaan dan kehendak pemandu.
- Penjajaran datar terdiri daripada 3 unsur:-\

a) Jalan lurus/tangent
b) Lengkung bulat
c) Lengkung peralihan

Jalan Lurus

- Di bina untuk menghubungkan dua tempat
- Piawaian (LLM) menyarankan panjang jalan lurus berterusan ialah tidak melebihi jarak pemandu selama dua (2) minit pada laju rekabentuk.
- Jika laju rekabentuk lebuhraya ialah 100km/j, maka:-

Panjang jalan lurus maksimum = 100 x 2 x (1/60)
= 3 1/3 km

Comments

Anonymous said…
apakah formula bagi jarak penglihatan
Anonymous said…
determine design calculation to acquire sight distance and design speed at a junction
Anonymous said…
jelas perkara-perkara yang menghadkan panjang jalan lurus .

Popular posts from this blog

LANGKAH ASAS MEMANAH

Konkrit Bertetulang

BANCUHAN KONKRIT